Karipap Pusing Sardin



Karipap Pusing Sardin

BAHAN A:
·         1/2kg tepung gandum
·         2 sudu makan marjerin
·         500ml air | dibancuh dengan 1 sudu teh garam

BAHAN B:
·         180gm tepung gandum
·         4 sudu makan marjerin

BAHAN INTI:
·         1 tin sardin kecil
·         3 biji bawang besar | dimayang
·         4 ulas bawang putih | dikisar
·         2 biji bawang merah | dikisar
·         Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Inti: Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah yang dikisar sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan sardine dan bawang yang dimayang tadi. Kacau rata sehingga sebati.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata sambil dihancur-hancurkan isi sardin tadi. Angkat dan ketepikan.
4. Bahan A: Tepung gandum dan marjerin disatukan di dalam sebuah bekas. Tuangkan sedikit demi sedikit air yang telah dicampurkan garam. Uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
5. Bahan B: Satukan tepung gandum dan marjerin di dalam sebuah bekas. Uli sehingga rata dan menjadi doh.
6. Selepas itu ambil adunan A sebesar telur ayam dan adunan B sebesar guli. Masukkan adunan B ke dalam adunan A. Bulatkan dan kemudian dicanai sehingga nipis. Gulung memanjang dan canai lagi.
7. Gulung menjadi satu ketul, selepas itu potong dua. Ambil bahagian dipotong dan canai nipis. Masukkan inti ke dalam
dan kelim tepinya. Lakukan kaedah yang sama sehingga adunan habis.
8. Masukkan minyak masak di dalam kuali. Goreng karipap tadi sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.
9. Sedia dihidangkan dan dinikmati.

No comments:

Post a Comment