Resepi Pajeri Terung
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan:
·
3 biji terung panjang (sederhana kecil)
·
3 sudu besar minyak
·
1 1/2 cawan santan pekat
·
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
·
1 sudu besar kerisik
·
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Bahan untuk dikisar
halus:
·
3 ulas bawang putih
·
2 ulas bawang merah
·
1 cm halia
·
1 sudu besar udang kering
Cara Penyediaan:
1. Potong terung
memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
2. Dalam periuk,
panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah
minyak.
3. Masukkan terung,
kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi
pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana
pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.
No comments:
Post a Comment